SEJARAH SURAU
Di sini saya ingin berkongsi berkenaan surau Taman Fasa 3a, Seri Manjung iaitu Surau Nurul Iman yang merupakan surau tempat kediaman keluarga saya. Jarak surau ini dari tempat kediaman keluarga saya ialah sejauh 500 meter. Bagi memenuhi keperluan tugasan yang telah diberi oleh En. Abd Aziz bin Harjin dalam kursus Tamadun Islam dan Asia (CTU 551), saya telah mewawancara seorang bilal di surau ini yang bernama Hj Harun B. Hj Sudin untuk mengetahui perjalanan aktiviti,program dan kegiatan-kegiatan keagamaan yang dilakukan oleh penduduk taman surau ini. Bilal ini berusia 64 tahun dan sudah berpencen.Rumah bilal ini berdekatan dengan rumah saya yang memudahkan saya menemuramah beliau dan juga merupakan kawan arwah bapa saya.Temujanji telah diatur untuk mewancara beliau dan pada tanggal 13 September 2010 saya mewancara beliau.
Beliau menceritakan bahawa surau ini telah dibina sejak tahun 1989,ini bermakna usia surau ini telah menjangkau usia 21 tahun. Kekurangan modal menjadi punca kepada pembesaran saiz surau ini dilakukan secara berperingkat. Dahulunya surau ini dijadikan sebagai sekolah agama rakyat pada tahun 1993 sehingga tahun 1999, sebelum menunggu pembinaan sekolah agama yang baru. Lebih kurang 6 tahun Murid-murid terpaksa menumpang di surau ini untuk belajar sementara menunggu bangunan sekolah itu siap di bina.Saya turut bersekolah di surau ini,dari saya darjah 1 hinggalah ke darjah 4 pada tahun 1996 hingga ke tahun 1999. Pada tahun 2000,sekolah agama rakyat yang baru telah siap dibina. Disebabkan itu,semua murid-murid telah berpindah untuk belajar di sekolah agama rakyat yang telah siap dibina.Lokasi surau ini betul-betul di tengah dalam kawasan perumahan saya ini.Imam surau ini adalah Hj Yahya B. Abd Manan.Hj Yahya ini yang berumur dalam lingkungan 60-an.Beliau sudah berpencen dan sekarang ini beliau memikul tanggungjawab yang banyak antaranya,sebagai naib kadi dan amil zakat fitrah di bahagian kawasan Manjung ini serta mengajar mengaji di surau ini.
No comments:
Post a Comment