KONSEP SURAU
Surau boleh di definisikan sebagai tempat beribadat yang khusus seperti solat dan iktikaf bagi orang islam,dan juga menjadi pusat kebudayaan,muamalat(perhubungan) serta perkembangan dakwah islamiah.Surau adalah pusat aktiviti umat islam setempat.Surau tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap,malah boleh jadi sekadar bilik,tetapi ia bergantung kepada budaya masyarakat setempat.
Terdapat beberapa pertikaian mengenai definisi surau.Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat adalah masjid,atau ada pula yang menyebutnya sebagai musolla(ejaan inggeris).Bagaimanapun, takrifan yang biasanya diterima pakai adalah masjid mempunyai merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat jumaat melebihi 3 kali.Sementara surau pula adalah tempat sembahyang yang digunakan kurang 40 orang dan tidak diadakan solat jumaat disitu.Musolla pula bererti tempat bersolat.
83. dan (ingatlah Wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia Dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan Katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan Yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang Yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.
Surah di atas dipetik dari surah al Baqarah,ayat 83.Surah ini menceritakan tentang umat Islam hendaklah melakukan amar makruf nahi munkar.Umat Islam diwajibkan untuk menyembah Allah s.w.t serta berbuat baik sesama umat Islam tidak kiralah ibu bapa,kaum kerabat,anak yatim dan orang-orang miskin.Ayat ini juga menjelaskan kita haruslah berkata-kata yang baik dan diwajibkan umat Islam menunaikan solat serta memberi zakat.Surah ini berkait rapat dengan apa yang saya ingin kongsikan iaitu berkenaan tentang surau.
12. dan Demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): "Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi Sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat, dan kamu beriman Dengan Segala Rasul (utusanku) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan ugama Allah), dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman Yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. oleh itu, sesiapa Yang kufur ingkar di antara kamu sesudah Yang demikian, maka Sesungguhnya sesatlah ia dari jalan Yang betul"
Ayat di atas diambil dari surah al-ma’aidah.ayat 12.


No comments:
Post a Comment