Friday, October 1, 2010

ABSTRAK

TAJUK
Sejarah surau dan kegiatannya

ABSTRAK

Surau merupakan tempat ibadat bagi umat Islam selain daripada masjid.Disitulah tempat umat islam sembahyang berjemaah bersama-sama dan menjadi pusat kebudayaan,perhubungan serta tempat penyebaran dakwah islamiah.Saiz surau adalah lebih kecil dari sebuah masjid.Surau digunakan oleh masyarakat setempat itu sahaja.Hubungan antara surau dengan pendidikan dalam Islam amat sebati dan tidak dapat dipisahkan.Semenjak zaman permulaan Islam lagi penyebaran ilmu dan pendidikan bermula dari masjid dan surau.Tambahan pula terdapat pelbagai aktiviti lain seperti majlis bacaan Yaasin,tadarus Al-Quran,sambutan hari kebesaran Islam dan sebagainya yang dijalankan di surau.Dengan kewujudannya aktiviti-aktiviti ini,dapat mengeratkan silaturrahim di antara masyarakat setempat dan dapat bekerjasama dalam mengendalikan sesuatu aktiviti itu dengan lancar dan sempurna,seperti bak pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing.Apa yang dilakukan secara berjemaah itu akan dapat keberkatan dan keredhaan daripada-NYA.INSYAALAH..

No comments:

Post a Comment